...tomorrow's needs today.....

Event And Press Release

Signing Ceremony on Collaboration Agreement of Development Studies Perlis Power Hub Project

Date: Monday, 30 August 2021
Venue: Perlis State Assembly Complex

HARI INI DALAM SEJARAH UNTUK PERLIS
Hari ini adalah hari yang sangat bersejarah bagi Negeri Perlis. Kenapa bersejarah? Ia bersejarah kerana satu Perjanjian Kerjasama Kajian Pembangunan Projek Perlis Power Hub Antara Mutiara Perlis Sdn Bhd (MPSB), TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB) dan Petronas Gas Berhad (PGB) telah ditandatangani. Dan inilah julung-julung kali dalam sejarah Perlis, satu cadangan pelaburan yang terbesar bakal diterima oleh Perlis.
Ia mencipta sejarah kerana inilah kali pertama dua gergasi GLC milik negara, iaitu Petronas dan TNB, dengan kerjasama MPSB melabur dalam satu projek mega di Perlis. Difahamkan penjanaan 1,000MW letrik memerlukan pelaburan sekitar RM4 billion.
MPSB adalah syarikat usaha sama di antara syarikat Menteri Besar yang diperbadankan (MBI) milik Kerajaan Negeri Perlis dengan Mutiara Infra Sdn Bhd.
Konsortium MPSB, TPGSB dan PGB bercadang untuk membangunkan loji kuasa letrik yang bakal menjana sehingga 5,000MW tenaga letrik secara berfasa untuk pasaran Thailand dan juga Malaysia.
Kerajaan Negeri sebelum ini telah pun bersetuju memberi milikan sebidang tanah seluas 230 ekar kepada MPSB untuk tujuan projek ini. Ia terletak di suatu lokasi yang sangat strategik di sempadan Perlis dan Thailand.
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan berangkat untuk menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama ini di Ruang Legar, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis.
MPSB juga terlibat dalam pembangunan dua lagi projek pelaburan besar di Perlis, iaitu Perlis Inland Port dan Sanglang Integrated Jetty. Fasa perancangan untuk kedua-dua projek ini telah pun selesai. Kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk dimulakan pembinaannya. Kedua-dua projek ini mempunyai nilai pelaburan mencecah RM3.8 billion.
Majlis ini turut disaksikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil Syarikat serta wakil Jabatan dan Agensi Negeri.

Original From : AZLAN MAN FACEBOOK

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

From Tradition to Excellence, Discover Mutiara Perlis

Delve into the rich heritage and exceptional craftsmanship of Mutiara Perlis

Scroll to Top