...tomorrow's needs today.....

Event And Press Release

Infaq Ramadan Mutiara Perlis & Pelancaran Ihya Ramadan Perlis

11 Mac 2024 Kangar: YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis menyampaikan bantuan makanan asas kepada 750 keluarga melibatkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri di Majlis Infaq Ramadan Tahun 1445H/ 2024M di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Perlis (MBI) dan Mutiara Perlis Sdn Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di bawah tajaan Global Muslims In Need Foundation (GMINF) dan CitaGlobal Berhad ini turut dihadiri oleh YB Tuan Rus’sele Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, YB Datuk Mohd Khair Razman Mohamed Annuar, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Tuan Mohd Radhi Abas, Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis, Ahli Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri Perlis, YBrs Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan) dan En. Azly Abdul Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif CitaGlobal Land.

Para tetamu disambut oleh YBhg Dato’ Shabaruddin Ibrahim, Pengerusi Eksekutif Mutiara Perlis merangkap Pengerusi GMINF dan Encik Zulkafli Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MBI. Program tahunan kali ke 4 ini dibuat serentak dengan Pelancaran Ihya Ramadan Negeri Perlis yang turut disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, manakala tazkirah Ramadan disampaikan oleh YB Tuan Muhammad Azmir Azizan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (Hal Ehwal Agama). Sumbangan makanan asas ini telah dapat membantu golongan memerlukan untuk persiapan sahur dan iftar di bulan Ramadan.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

From Tradition to Excellence, Discover Mutiara Perlis

Delve into the rich heritage and exceptional craftsmanship of Mutiara Perlis

Scroll to Top