...tomorrow's needs today.....

Event And Press Release

Sumbangan peralatan kepada Hospital Duchess of Kent

27 Mac 2023 Sandakan: Mutiara Perlis Sdn Bhd amat bersyukur dapat bersama rombongan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) di awal Ramadan 2023 untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan sempena program tahunan Baginda iaitu Eks Perbah (Eksesais Perlis Sabah) yang diadakan di sini bagi Edisi 2023.

DYTM Tuanku Raja Muda turut menyertai Ops Pasir ke beberapa pulau sempadan Sabah-Filipina yang menyaksikan pelbagai sumbangan daripada rakan strategik YTSP kepada masyarakat tempatan dań sumbangan untuk aktiviti keagamaan dan riadah anggota keselamatan yang bertugas. Usaha murni DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi YTSP bermula sejak 20 tahun yang lalu amat menyentuh hati kami di Mutiara Perlis. Kami menjunjung kasih dan berbangga berada di bawah naungan kebijaksanaan dan keprihatinan Duli Tuanku.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

From Tradition to Excellence, Discover Mutiara Perlis

Delve into the rich heritage and exceptional craftsmanship of Mutiara Perlis

Scroll to Top