...tomorrow's needs today.....

Event And Press Release

Program Infaq Ramadan Perlis 1447H/ 2026M

14 Februari 2026 Kangar: YAB Tuan Abu Bakar Hamzah, Menteri Besar Perlis menyampaikan bantuan makanan asas kepada 750 keluarga melibatkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri di Program Infaq Ramadan Perlis 1447H/ 2026M di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Perlis (MBI) dan Mutiara Perlis Sdn Bhd buat kali ke-6 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di bawah tajaan Global Muslims in Need Foundation (GMINF) dan CitaGlobal Berhad ini turut dihadiri oleh YB Tuan Saharuddin bin Sarwan (Pegawai Kewangan Negeri), Yang Berhormat Para Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Encik Ahmad Hishamuddin Johari (Pengurus, Pelaburan MBI Perlis), Encik Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis) dan Puan Rusila Yusoff, mewakili Citaglobal Berhad.

Semoga sumbangan makanan asas ini dapat membantu golongan memerlukan untuk persiapan sahur dan iftar di bulan Ramadan.

Program Infaq Ramadan tahunan ini telah diadakan sejak enam tahun lepas di Perlis. Global Muslims In Need Foundation telah ditubuhkan semenjak 2015 dengan tiga objektif utama yakni:

  1. Meningkatkan pengetahuan kepada keperluan asas umat Islam di seluruh dunia yakni keperluan kesihatan, tenaga, air, pendidikan dan perumahan.
  2. Mencari penyelesaian kepada keperluan asas umat Islam bersama warga korporat Malaysia dan antarabangsa.
  3. Menggalakkan perpaduan di kalangan umat Islam melalui dialog, seminar dan pelbagai platform ekonomi.
Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

From Tradition to Excellence, Discover Mutiara Perlis

Delve into the rich heritage and exceptional craftsmanship of Mutiara Perlis

Scroll to Top