...tomorrow's needs today.....

Event And Press Release

PIP mula operasi, perkukuh kedudukan Perlis sebagai pintu perdagangan serantau

KANGAR: Perlis memperkukuh kedudukan sebagai pintu perdagangan serantau, selepas Perlis Inland Port (PIP) di Lembah Chuping mula beroperasi secara komersial, secara manual semalam.

Operasi penuh pelabuhan darat Perlis itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat menjelang Februari tahun hadapan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Perlis, Datuk Shabaruddin Ibrahim berkata, sebagai hab logistik strategik di Utara Malaysia, PIP dibangunkan bagi menguruskan pergerakan kargo dan kontena rentas sempadan Malaysia–Thailand, sekali gus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai pintu perdagangan serantau.

“Kemudahan teras seperti jalan berikat, sambungan landasan rel baharu dan infrastruktur terminal telah siap seterusnya membolehkan PIP mengambil alih operasi kontena yang sebelum ini tertumpu di Padang Besar Container Terminal (PBCT) dan sudah melebihi kapasiti operasinya,” katanya selepas mempersembahkan maklumat tersebut kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan mengadakan lawatan ke Yard Rel PIP di sini semalam.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan turut dihadiri Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rahimi Ismail dan Ketua Pegawai Operasi PIP, Mohamad Ali Abdul Hussain.

Dalam sesi lawatan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan meninjau beberapa kawasan utama projek termasuk Pintu Masuk Thailand, Inspection Area, Rail Siding, Equipment Shed, Control Tower dan kawasan PIP R&R.

Shabaruddin berkata, dengan kapasiti fasa pertama mencecah 300,000 TEU (unit bersamaan 20 kaki) setahun, PIP dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negeri melalui peningkatan aktiviti logistik, pengurangan kesesakan di sempadan serta pembukaan peluang pekerjaan baharu.

“PIP turut berpotensi muncul sebagai nod utama rangkaian perdagangan ASEAN dan laluan Rel Pan-Asia, termasuk memperkukuh hubungan logistik dengan China. Perkembangan ini dijangka merancakkan kemasukan pelaburan baharu dalam sektor logistik, perkilangan dan perkhidmatan sokongan industri,” katanya.-UTUSAN

Source:

Utusan Malaysia

Others:

MAIPS

Facebook Perlis Permai

Harakah Daily

Free Malaysia Today

Suara Merdeka

Facebook Pejabat SUK Perlis Official

Facebook Mohd Shukri Ramli (MB)

Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

From Tradition to Excellence, Discover Mutiara Perlis

Delve into the rich heritage and exceptional craftsmanship of Mutiara Perlis

Scroll to Top